please take note

This is my blog...
not ur blog....so...................................................
i can write ANYTHING or put any picture if i want to share with U...
this is my own choice..not U....
if U don't like it...just go away from my blog!!
i don't care

Monday, 21 May 2012

20 Amalan Untuk Memperolehi Murah Rezeki

Rezeki....
Kau Perlu ku Cari...
Untuk Sesuap Nasi...
Bagi mengisi ruang perutku...
Untukku kekal sihat dan bertenaga...
Supaya aku...
Dapat lakukan suruhanmu Ya Allah...
Dan.....
Sentiasa ingatkan Kebesaran Illahi...
Mencari keredhaanmu Ya Allah...
Bagi setiap kerja yang ku lakukan...
Tidak tersenarai dari laranganmu Ya Allah...
Ku bersyukur  Ya Allah...
Keranamu Ya Allah...
Tak sempitkan ruang...
Untuk mencari rezeki
Yang sentiasa berada di mana mana...
Alhamdulillah..........................

eceh....bermadah madah plak...hehehe....untuk diri sendiri je...tp kalo ada yang setuju madah d atas..alhamdulillah...hehehe...jom...nak kongsikan 20 Amalan untuk memperolehi murah rezeki...CP dari blog org lain...hehehe...

1. Berkesempatan untuk beribadah

    Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
    (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar

    Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah   jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

3. Tinggalkan perbuatan dosa

    Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih berbuat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

4. Sentiasa ingat Allah

   Banyakkan mengingati Allah menjadikan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman.

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

   Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan  ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
          (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
          Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

    Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang  sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.

7. Tunaikan hajat orang lain

    Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”
          (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

    Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

    Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

     Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh  berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

      Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.”
          (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

      Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”
          (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

      Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda   kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
          (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

          Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

     Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.

16. Bersyukur kepada Allah

     Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.”
         (Ibrahim: 7)
     Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
         (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

     Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati,   ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

18. Berdoa

    Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat  dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

      Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.

20. Bertawakal

     Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”
           (At-Thalaq: 3)
     Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”
sumber : notahati.com

huhu...banyakkan cara untuk dapat murah rezeki ni....tp..kita sebagai manusia kekadang terlepas pandang...alpa...lalai...begitu juga dgn diriku.....tak lari dari kesilapan dan juga kelalaian diri sendiri...rezeki depan mata pun boleh tak nampak kalo kita leka....

No comments:

Post a Comment