assalamualaikum...pe kabar semua...senyum selalu walaupun hati tgh sakit..tul tak?hehehe...k...arini ck nak ceritakan antara tokoh / celebriti yang mengamalkan produk Shaklee ni...
5 rahsia kekal sihat cara Tun Dr. Mahathir
Umum sedia maklum Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang disegani.
Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22
tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun
usianya kini sudah mencecah 85 tahun.
Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu,
barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari
pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala
Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun
begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal
tip-top
bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa
konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya
sehingga tampak begitu?
1 – Tidak menghisap rokok
Siapa bersetuju
rokok itu menyihatkan?
Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan
jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan
peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan
jika anda menetap di negara beriklim sejuk.
Namun bagi aku, info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh
diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun
tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah
diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga
pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan
(nafsu).
2 – Tidak minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju
arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan
cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi
phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan
kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud
aku menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah
jelas haram di sisi Islam.
3 – Makan secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”?
Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang
diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.
4 – Makan Multivitamin
Terdapat
beberapa sebab
mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah
satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan
hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil
multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.
anda berminat?
klik aje sini utk ketahui lebih lanjut mengenai Vita - Lea Iron Formula (",)
5 - Tidur secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah
semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh
beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu
malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang
aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding
individu biasa).
“
Pendek kata kalau
kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama
rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko
mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan
Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad
Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997).
sumber daripada : h
ttp://sususejat.com/
Petua Moden & Tradisional Ayu Raudhah
LEBIH empat bulan bergelar isteri kepada pemain bola sepak
kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak, pelakon Ayu Raudhah masih
menantikan kehadiran cahaya mata.
Setakat ini, Ayu belum menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Biarpun
begitu, pasangan itu berserah kepada rezeki Tuhan dan menerima bila-bila
masa sahaja untuk dikurniakan anak.
Sesibuk mana dengan rumah tangga yang baru dibina itu, ia tidak
menjadi halangan untuk wanita ini meneruskan kerjayanya dalam bidang
lakonan. Namun, Ayu perlu lebih selektif memilih watak yang sesuai.
Selepas berkahwin, wajah Ayu jarang dilihat muncul di media cetak
mahupun elektronik. Jika ada yang perasan, telefilem terbaru lakonan Ayu
berjudul Pabila Syaitan Berbisik baru disiarkan di TV1 pada 22 April
lalu.
Ayu yang selama ini cukup dikenali dengan watak gadis lemah-lembut
dalam lakonannya bertukar kepada sisi jahat apabila membawa watak gadis
kampung yang lupa daratan dan sanggup menghancurkan rumah tangga orang
lain demi mengejar kemewahan hidup.
Bagi mengubat rindu peminat Ayu, OopStarz! minggu ini mahu berkongsi tentang rahsia kejelitaannya.
Dalam menjaga penampilan, dia paling gemar menyerlahkan kecantikan
mata. Boleh dikatakan Ayu memiliki mata yang mampu menjadi aset berharga
pada dirinya dan mudah mencairkan hati sesiapa sahaja yang memandang.
“Saya suka memakai maskara untuk melentikkan bulu mata. Jika memakai
maskara, saya tidak perlu menggunakan bulu mata palsu. “Jadi, saya
jarang membeli bulu mata palsu. Kalau membeli pun, saya memilih yang
tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.
“Biasanya saya akan membeli maskara dengan jumlah yang banyak.
Maskara yang paling saya suka adalah jenis Maybelline Volume Express
Mascara Curved Brush,” ujar pelakon drama popular Nur Kasih dan
Manjalara ini.
Pada hari tidak bekerja, Ayu jarang mengenakan mekap tebal tetapi wajahnya tetap tidak dapat lari dari menggunakan maskara.
“Boleh dikatakan setiap hari saya perlu bersolek tetapi apabila
berada di rumah, saya jarang memakai mekap. Jika keluar tanpa urusan
kerja, saya tidak banyak memakai mekap dan yang penting mesti meletak
maskara pada mata,” ujarnya lagi.
Sapu ais pada muka Seperti wanita lain, Ayu tidak putus
menjalani rutin kecantikan seperti biasa iaitu mencuci muka, menggunakan
penyegar dan pelembap muka.
“Saya perlu membersihkan dan menjaga muka dengan kerap kerana
sentiasa menggunakan mekap setiap hari terutama sewaktu menjalani
penggambaran.
“Saya tidak banyak mengamalkan petua tradisional. Antara petua yang
diamalkan setiap kali sebelum tidur, saya akan menyapu ais pada muka
untuk merawat kulit bermasalah.
“Alhamdulillah, nasib baik kulit saya tidak mudah ditumbuhi jerawat walaupun kadangkala rasa stres,” katanya.
Selain itu, dia juga menerima rawatan kulit muka di pusat kecantikan
AsterSpring selama setahun di samping mendapat bekalan percuma produk
penjagaan kulit Dermalogica dan kosmetik Averine.
Ayu terpilih antara artis yang mengikuti pakej rawatan muka dan badan
‘Beautiful Bride’ oleh AsterSpring pada November tahun lalu. Selain
Ayu, pelakon Raja Farah juga menerima rawatan yang sama.
Guna daun bunga raya
Daripada penjagaan muka, topik perbualan beralih kepada penjagaan
rambut yang dianggap sebagai mahkota berharga kepada setiap wanita. Agak
menarik juga apabila Ayu menggunakan daun bunga raya untuk melembutkan
rambut.
“Ambil 10 helai daun bunga raya dan tumbuk sehingga halus. Kemudian,
sapukan pada rambut hingga ke akarnya. Balutkan rambut dengan “shower
cap” selama 30 minit. “Akhir sekali, cuci dengan air bersih. Amalkan dua
kali seminggu. Insya-Allah rambut menjadi lebih lembut dan bersinar,”
ujarnya.
Menyentuh tentang pemakanan, Ayu kurang mengambil nasi dan sangat
mengawal makan. Disebabkan berat badannya mudah naik jika tidak dijaga,
Ayu perlu mengambil jumlah makanan pada kadar sedikit.
“Selain mengawal pemakanan, saya turut mengamalkan minuman kesihatan iaitu
sirap Shaklee,” katanya.
anda berminat?
klik aje sini untuk keterangan yang lebih lanjut ya (",)
Untuk mengekalkan bentuk badan menarik, Ayu turut melakukan senaman bangkit tubi sebanyak 50 kali sebelum tidur.