hehehe...takde pape pun kat muka kita ni...kecuali jeragat ckit ckit....insyaallah...sampai masa hilang la jeragat tu.....apa yg penting kena konsisten amalkan vco dan collagen catalyst...hehehe...i like..U? hehehe
nak crita apa nih..membebel tak abis abis..
erm......................
mlm mlm ni berminat plak nak cari info bab jerawat ni..hehehe...takpe la...bg info kat kawan kawan kan....apa salahnya kan...jom baca k
Apa itu Jerawat?
Jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang mengganggu kelenjar-kelenjar Sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit manusia. Masalah jerawat boleh dilihat apabila muka, leher, dada atau belakang seseorang itu mula kelihatan bengkak-bengkak kecil yang kemerah-merahan, kehitaman ataupun bonjolan merah dan mula berisi nanah selang beberapa hari kemudian.
Jerawat akan mula keluar apabila berlaku sekatan pada liang roma kulit
Umumnya, masalah jerawat berlaku kerana
berlakunya radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit.
Jika seseorang itu menghadapi masalah jerawat pada kulit, ia sering
dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan,
persekitaran, penyakit keturunan, psikologi, pra-haid atau pun jangkitan
bakteria, malahan masalah resdung juga dianggap sebagai punca yang
mengakibatkan individu tersebut menghidap masalah jerawat.
Masalah jerawat berlaku seawal peringkat
usia remaja yang sedang dalam proses kematangan, iaitu sekitar umur
12-16 tahun. Jenis jerawat yang tumbuh pada masa ini pula dipanggil acne vulgaris.
Semasa remaja menjalani proses matang, berlaku perubahan keseimbangan
hormon di mana hormon testosteron mula dihasilkan dan bertukar menjadi
dihidrotestosteron di dalam kulit. Ia berlaku bagi meningkatkan kadar
metabolik serta saiz badan remaja tersebut.
Jadi, bagaimana untuk elakkan jerawat dari tumbuh? Selain mengubah
tabiat pemakanan yang tidak seimbang, faktor persekitaran turut
memainkan peranan penting seperti berada di kawasan berkelembapan
tinggi, kulit sentiasa berminyak terutamanya kulit muka, memakan
ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang dan juga penggunaan kosmetik
yang kerap hingga liang-liang roma kulit tersumbat.
Bagaimana untuk mengelakkan dari tumbuhnya jerawat pada kulit terutamanya di bahagian muka ?
1. Amalkan mencuci muka 2 kali sehari
dengan pencuci muka dan pada masa-masa yang lain, cukup sekadar membilas
muka dengan air bersih.
2. Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat.
3. Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak.
4. Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan parut di atas kulit.
5. Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang anda beli sekiranya keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk.
6. Jika jerawat anda tumbuh di belakang
badan atau dada, anda digalakkan memakai pakaian kapas kerana ia
menyerap peluh dan menyejukkan kulit.
7. Jika masalah jerawat anda kronik, dapatkan rawatan pakar di klinik atau hospital berhampiran.
Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous
mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon
yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan
perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah
jerawat. Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula
adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber
makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang
berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.
Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan
oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta
secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap
insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon
terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam
tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan
jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom
jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul.
Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan
boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita
dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam
badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya
pertumbuhan jerawat.
Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca
jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit
anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi
keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab
utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh
menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan
liang roma.
Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah
ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh
jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di
Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang
boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih
boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.
ha....dah tau punca? hehehe...so pandai pandai la ye kawan kawan jaga..(",)
bagaimana pula kalo dah byk tumbuh jerawat kat muka nih?
cuba salah satu petua yang ada di bawah ni ye.
tp apa yang perlu di ketahui, tahap keberkesanannya setiap kaedah yg di amalkan bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian kepada individu, jenis kulit, kekerapan amalan dan paling penting kita hanya berusaha namun tuhan yang menentukan.
sumber : Dr Hasseenah.com
Berikut antara petua yang boleh di cuba untuk menghilangkan jerawat
1.
Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas
yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali
dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga
kering sendiri.
2.
Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian
pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian
cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut. InsyaAllah, anda
dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.
3.
Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk
kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu
sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit.
Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan ,
muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.
4.
Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa.
Selawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InsyaAllah,
jerawat akan beransur hilang.
5.
Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri.
Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
6.
Bersihkan muka sehingga bersih. Kemudian cuci dengan air kelapa
tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga
kali seminggu.
7.
Sediakan campuran air limau nipis dengan satu sudu minyak masak.
Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda
merasa pedih, itu hanya sementara. Esok paginya ambil beberapa keping asam
gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk
atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke
seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut.
Biarkan beberapa minit, kemudian barulah dibasuh dengan air biasa.
InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
8.
Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling
jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa
sebarang parut.
9.
Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau).
Rendam dalam bekas air dan didihkan daun teh tersebut. Kemudian lekatkan
ke jerawat.
10.
Bancuh satu sudu susu tepung dengan sedikit air. Tempek
pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam.
Amalkan setiap hari.
11.
Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan
biarkan ia kering dengan sendirinya di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan
setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
12.
Rendam beberapa keping asam gelugur (asam keping) selama satu
malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan
kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.
13.
Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung
jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh
muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalan
ini elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan
dua kali seminggu.
14.
Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat.
Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering.
Simpan dalam bekas kedap udara. Apabila hendak menggunakannya, titis
beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan
menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu.
15.
Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis
dan campurkan dengan sedikit madu. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas
dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.
sumber : http://www.petuatradisional.com/tips/petua-hilangkan-jerawat
tapi....kalo semua tu leceh ataupun agak malas nak buat, chekem ada cara mudah dan teramat mudah...
amalkan makan VCO(minyak kelapa dara) dan Collagen dari Catalyst...Insyaallah mujarab...dah ramai yang mencubanya...
cara makannya?
VCO - telan 2 biji sehari
Collagen - sepeket sehari ?(tak yah bancuh bancuh, koyak je sachet pastu masukkan ke dalam mulut...yummy..sedap ooooo)
dan......hanya minum air kosong sekerap yg mungkin... 25kg = 1 Liter air Contohnya jika berat anda 56kg, so anggaran yg perlu anda minum dalam sehari adalah 2liter ++....minum sikit sikit..tp kerap...(",)
pastu malam malam sebelum tido, sapukan VCO pada wajah anda...fuh...esok pg bangun lembut aje..mcm pp baby tu...tak caya? buat dulu..baru tahu....
pada yang berminat emailkan atau sms aje produk yang di ingin di beli, nama, alamat penghantaran, no fon...nnt no akaun di beri semasa proses transaksi bayaran
harga?
harga pasaran
VCO - rm39.90 (60 biji utk sebulan) (tidak termasuk postage)
COLLAGEN -rm59.90 (15 sachet) (tidak termasuk postage)
nak harga isitimewa? email atau sms la dulu kat ck ok...insyaallah terbaik punya
email : analea83@yahoo.com
sms : 0194665406
pengguna yang telah mendapat hasilnya seperti di bawah :
bleh klik link testimoni tu ya untuk baca pengalaman pengguna tersebut
![]() |
kredit to : http:// |
![]() |
kredit to : http:// |
![]() |
kredit to : http:// |
![]() |
kredit to : |
semoga, info yg di berikan mendapat manfaat ye kawan kawan...selamat mencuba k
hohohohoho.....dah ngantuk....jom masuk tido....jgn lupa sebelum tu....ESP, vit E jgn lupa tau...k bye...Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment