Sakit
jantung dan angin ahmar (stroke).
Stress
akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan-bahan ini
akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutupi
saluran pembuluh darah.
Stress
juga akan meninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan
darah.
Semua
ini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung
dan angin ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996; Stress and Heart
Disease)
Insomnia atau susah tidur.
Stress
boleh menyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh menyebabkan stress,
satu pusingan yang amat membinasakan.
Kencing
manis.
Kesugulan
dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula di dalam darah dan
ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkan keadaan pesakit
yang telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins; Northern County Psychiatric
Associates; 1998)
Gastrik
dan ulser.
Penyakit-penyakit
pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah berlaku keatas
seorang yang mengidap stress disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid
ketika diserangi stress, terutamanya,
jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan
yang bersangatan. (Ballieux, R.E., 1984; Breakdown in human adaptation to
stress)
Infeksi
atau jangkitan kuman.
Tekanan
atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan ‘catecholamines’
seperti ‘epinephrine’ dan ‘norepinephrine’ ke dalam darah.
Bahan-bahan
ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan
memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit.
(Stress
and the Immune System by Hannah Koenker, 1994) Kajian juga telah menunjukkan
bahawa keadaan stress akan meningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu
dijangkiti kuman di sekitar 74 ke-90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar
27 ke-47%.
Stress
juga akan memudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula. (Brosschot,
J.F., Benschop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J.,
Ballieux, R.E., 1994; Influence of life stress on immunological reactivity to
mild psychological stress: Psychosomatic Medicine)
Asthma.
Ketika
menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah diserangi oleh
penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu,
yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang
akhirnya menyebabkan lelah. (Elliott G.R., Eisdorfer C., 1982; Stress and Human
Health)
Di
samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada
beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis),
cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis),
mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced
Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)
SUMBER
: http://drdanial.faithweb.com/stress.htm
anda mungkin ingin mengetahui :
- apakah yang berlaku ketika stress?(klik aje ye)
- apakah itu stress (klik aje ye)
-apakah tanda-tanda/gejala umum stress? (klik aje ye)
- vitamin untuk menangani stress (klik aje ye)
- cara menangani stress yang di alami (klik aje ye)
anda mungkin ingin mengetahui :
- apakah yang berlaku ketika stress?(klik aje ye)
- apakah itu stress (klik aje ye)
-apakah tanda-tanda/gejala umum stress? (klik aje ye)
- vitamin untuk menangani stress (klik aje ye)
- cara menangani stress yang di alami (klik aje ye)
No comments:
Post a Comment